Monday, September 14, 2009

Zakat Fitrah

"Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan."

Hari ni..1st time aku byr zakat..seronok n excited..hihihi..kene gak la RM8..dengan niat dier.."inilah zakat yang wajib ke atas ku"

RIni agaak bnyk kerja nk dibuat..xle leka sgt nie..huhuhu..ohh lupe,ptg nie de majlis buka ngn staf..kt penyu..aku pon tatau mane tuuu..kne follow staf2 cni ler..

k laa..adiOOZ

Sunday, September 13, 2009

Wabak Influenza H1N1

KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia.

Kini wabak daripada virus yang sama iaitu H1N1 daripada jenis influenza A kembali menjadi pandemik yang membimbangkan penduduk dunia. Sehingga kini, terdapat sebanyak 64 kes kematian yang telah berlaku. Dimaklumkan sehingga 17 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
a. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
b. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
c. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
d. Wanita mengandung
e. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
f. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
g. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Langkah-langkah waspada H1N1

Menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas oleh Wabak ini.

2. Elakkan mendampingi orang yang mempunyai simptom influenza (ini termasuk demam, sakit tekak, batuk, hidung berair).

3. Elakkan tempat-tempat yang sesak, menetap di rumah dan kekalkan peranginan yang baik, terutama sekali sekiranya kurang sehat. Gunakan penutup muka untuk melindungi yang lain dari terjangkit.

4. Pastikan persekitaran dan diri dalam keadaan bersih. Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau tangan ketika bersin atau batuk.

5. Sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas, sebelum makan dan ketika dicemari oleh cairan pernafasan seperti selepas bersin.

6. Kekalkan ketahanan badan yang baik melalui permakanan yang seimbang, senaman, rehat yang cukup, pengurangan stres dan tidak merokok.

7. Mematuhi peraturan dan waktu melawat di hospital-hospital, terutama sekali untuk tidak membawa ke hospital kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah.

Jika anda telah mengunjungi negara-negara yang terjejas, adalah disarankan untuk menghubungi Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan bagi tujuan pemantauan melalui talian 2382023.